Syarat dan Terma
#Terma 1 : Umum dan asas
2. Rentaru.my berhak untuk tidak meneruskan urusniaga kepada individu dan syarikat yang tidak bersetuju dengan isi kandungan web ini.
#Terma 2 : Perubahan Terma
#Terma 3 : Sebelum penyewaan
2. Hanya warganegara Malaysia yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu sahaja layak menyewa. For Malaysian Only. No Foreigner.
3. Jika anda mewakili mana-mana pihak untuk menyewa, tanggungjawab adalah diatas nama penyewa sendiri.
4. Penyewa wajib menyemak kondisi barangan sebelum menyewa. Pastikan item berfungsi dengan baik sebelum menyewa untuk mengelakkan sebarang masalah.
5. Setiap kamera/peralatan disewa mungkin mempunyai aturcara (setting) berlainan yang diubah kepada keselesaan penyewa sebelumnya. Jika tidak biasa, penyewa dinasihatkan untuk memahami cara menggunakan peralatan tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk tujuan sebenar. Rentaru.my tidak akan memberi gantirugi sekiranya berlaku masalah disebabkan hal berkaitan aturcara tidak betul.
#Terma 4 : Ketika penyewaan
2. Sebarang kecuaian yang menyebabkan kerosakan adalah tanggungjawab penyewa, dan penyewa bersedia untuk membayar segala kos/gantirugi jika berlaku kerosakan.
3. Tambahan cas akan dikenakan jika terdapat tambahan calar kasar atau tahap guna tinggi berbanding kondisi asal.
4. Rentaru.my sedaya upaya untuk menyediakan peralatan dengan keadaan terbaik dan bebas masalah. Namun jika berlaku sebarang masalah rentaru.my tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung segala kerugian atau kos berkaitan jika item yang disewa rosak (secara semulajadi) ketika tempoh menyewa. Sebaliknya, rentaru.my juga tidak akan mengenakan sebarang cas (jika rosak semulajadi sahaja, bukan kecuaian).
#Terma 5 : Kiraan Hari
2. Pengambilan/pemulangan adalah wajib mengikut waktu sebenar.
3. Sesi pengambilan luar waktu hanya boleh dipertimbangkan mengikut keadaan untuk sewaan pada hari kejadian sahaja jika perlu dan kecemasan. Walau bagaimanapun pulangan wajib mengikut sesi.
3. Contoh jika mengambil antara jam 11.01 pagi hingga 7.59 petang masih dikira diambil pada sesi pagi dan wajib dipulangkan sebelum 11 pagi keesokannya untuk kiraan 1 hari. Jika berlaku kelewatan cas bersamaan 1 hari dikenakan.
#Terma 6 : Bayaran dan Cagaran
2. Jika menggunakan pindahan bank, bayaran diwajibkan menggunakan IBT (Instant Transfer) dan bukannya IBG (Giro Transfer). Jika menggunakan GIRO, bayaran hanya dikira sebagai diterima setelah transaksi masuk dipaparkan di dalam akaun Rentaru.my. Tiada pelepasan diberikan walaupun mempunyai bukti atau resit.
2. Bayaran dalam bentuk lain sama ada cek, kad kredit, PO atau dengan membawa maksud hutang atau bayaran kemudian tidak diterima.
3. Asasnya tiada bayaran cagaran diperlukan jika sewaan beserta dokumen lengkap untuk pengunaan normal. Namun jika barangan sewaan terlalu banyak dan berisiko tinggi, dokumen lengkap melebihi 1 orang atau cagaran tambahan diperlukan terutamanya melibatkan urusan saat-saat akhir (last minute) atau segera/kelam kabut (urgent).
#Terma 7: Tempahan Tarikh
2. Jika ingin tempahan tarikh, sila buat pembayaran bayaran penuh, sama ada melalui pindahan bank atau tunai untuk 1 jam selepas persetujuaan.
3. Tempahan tarikh tanpa sebarang pembayaran tidak akan diterima. Rentaru.my berhak untuk menyewakannya kepada pelanggan yang terlebih dahulu membuat pembayaran tanpa peringatan.
#Terma 8: Pembatalan
2. Setelah barangan diserahkan, pelanggan telah tahu bahawa segala kos dan risiko sudah bermula untuk pihak rentaru.my. Bayaran sewaan tidak akan dikembalikan walaupun tidak digunakan atau dipulangkan awal dari tempoh sewa sebenar.
#Terma 9: Kelewatan
2. Jika ada kelewatan yang tidak disengajakan, sila hubungi Rentaru.my terlebih dahulu untuk perbincangan.
3. Kegagalan berbuat demikian tanpa sebab munasabah akan dicas tambahan mengikut kadar 2 ganda harga sewaan asal.
4. Jika berlaku kelewatan selama 12jam tanpa sebarang maklumbalas, rentaru.my akan mengklasifikasikannya sebagai kes curi.
#Terma 10 : Maklumat peribadi
2. Jika enggan bekerjasama memberi maklumat yang diperlukan untuk menyewa, Rentaru.my berhak menolak untuk meneruskan urusniaga tanpa sebarang maklumbalas.
#Terma 11 : Tuntutan gantirugi
2. Peringatan akan diberi sebelum disenarai hitam. Jika gagal memberi kerjasama yang baik nama akan dimasukkan ke dalam list ini https://www.rentaru.my/p/blacklist.html
#Terma 12 : Pelanggan Ulangan
#Terma 13 : Pelanggan Syarikat
2. Untuk melancarkan urusan tempahan dengan lebih cepat dan mudah, rentaru.my tidak menyediakan sebut harga (quotation) atau invois kepada pelanggan sebelum penyewaaan. Sila semak harga di dalam web ini untuk rujukan.
3. Resit/invois hanya disediakan atas permintaan selepas pembayaran dan penyewaaan selesai sahaja.
4. Jika pelanggan masih memerlukan sebut harga atau invois sebelum penyewaan sila rujuk https://www.rentaru.my/p/self-quotation.html
# Terma 14 : Pengambilan dan penghantaran
2. Tiada servis penghantaran/pemulangan disediakan secara percuma.
3. Permintaan untuk penghantaran/pemulangan seluruh Kuala Lumpur boleh dipertimbangkan dengan waktu dan keadaan semasa beserta cas runner (3rd Party) RM200. Cas runner perlu dibayar dahulu sebelum sebarang penghantaran.
# Terma 15 : Lain-Lain
1. Permintaan untuk melihat barangan dengan tujuan survey atau semakan barangan hanya dibuat pada hari Jumaat pada sesi 8-11pagi dengan temujanji sahaja. Pastikan anda memahami syarat dan terma seperti di https://www.rentaru.my/p/cara-sewaan.html dahulu sebelum sebarang temujanji.
2. Untuk waktu lain sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat penggunaan barangan boleh dibuat melalui panggilan telefon atau whatsapp.
3. Untuk urusan yang lebih mesra dan tanpa prasangka, rentaru tidak berminat untuk melayan sebarang provokasi atau unsur-unsur ketidakpercayaan terhadap kredibiliti rentaru.my. Google untuk keyakinan.