Salam dan Konnichiwa!
Sebelum lebih lanjut, izinkan saya memperkenal diri sebagai pemilik nama rentaru.my.
Saya Kamarull, berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan bahan dari Toyohashi University of Technology, Jepun. Anda boleh melihat profile fb saya di sini.
Rentaru.my telah beroperasi dari 2013 menggunakan platform dan nama gajetdijepun (fb : https://www.facebook.com/gajetdijepun/). Gajetdijepun merupakan satu platform jual beli kamera dan gajet terpakai, dan kebanyakan diimport dari Jepun semenjak zaman saya sebagai pelajar sejak 2008 lagi
Setelah graduasi dan pulang ke Malaysia, saya meneruskan bisnes gajetdijepun dan meninggalkan cita-cita menjadi jurutera.
Inspirasi dari kedai kamera di Jepun, dimana kamera terpakai yang diperdagangkan boleh disewa, saya memberanikan diri menyewakan stok yang ada dengan sewaan beserta cagaran nilaian harga barang. Melihat pada permintaan tinggi dan kejujuran rakyat Malaysia mengendalikan barang sewaan, cagaran direndahkan dari separuh ke RM200, diturunkan lagi ke RM100 dan akhirnya tiada cagaran diperlukan.
Pada 2016 kekeliruan antara entiti jual dan sewa menyebabkan nama rentaru telah dipilih sebagai entiti baru khas untuk sewaan kamera. Maksud rentaru diambil dari Bahasa Jepun (レンタル) yang bermaksud 'Rental'.
Bermula dengan hanya apa yang dijual dan terpakai sahaja menimbulkan masalah terutamanya model lama, yang mana kebetulan boleh rosak tidak tentu masa, rentaru mengambil langkah proaktif dengan memperbanyak model baru dan menukar item hampir lusuh kepada baru. Dengan langkah ini dapat mengurangkan risiko item disewa rosak dan menggangu perjalanan kerja penyewa. Dan jika ditakdirkan ada sebarang masalah, rentaru akan segera menggantikan yang lain, atau pemulangan penuh tanpa cas.
Kini, rentaru.my mempunyai ratusan pilihan kamera, lens, gajet dan alatan DIY dengan harga yang berdaya saing, dan yang utama tiada sebarang cagaran diperlukan. Hanya bayar sewa sahaja beserta dokumen lengkap.
Untuk review anda boleh ke fb rasmi dan google rentaru.my
Terima kasih