Cara Sewaan



#1. Umum dan Asas
A. Baca syarat dan terma penuh di http://www.rentaru.my/p/terms-and-conditions.html
B. Untuk mewujudkan hubungan yang mesra dan tanpa prasangka , Rentaru hanya berurusan dengan pelanggan yang percaya pada kredibiliti Rentaru sahaja.
C. Adalah menjadi kesalahan menyewa bagi pihak lain. Sekiranya gagal memulangkan barangan sewa anda akan dimasukkan ke dalam senarai hitam dan dipamerkan di https://www.rentaru.my/p/blacklist.html

#2. Kiraan Hari
A. Waktu operasi 8-11 pagi atau 8-11 malam sahaja.
B. Pengambilan pagi dan pemulangan pagi keesokannnya, atau malam ke malam seterusnya dikira sehari.
C. Contoh ambil jam 10 pagi sabtu dipulangkan bila-bila sebelum 10 pagi ahad dan tidak melebihi 24jam.
D. Tiada kiraan perjam atau per setengah hari. Kadar adalah sama 0 hingga 24jam dikira sehari.

#3. Bayaran dan Tempahan Tarikh

A. Tempahan hanya sah dengan bayaran penuh dalam tempoh 1 jam selepas nombor akaun diberi.
B. Tiada cagaran diperlukan jika bayaran dilakukan secara online menggunakan nama sama dengan nama penyewa.

#4. Invois / Quotation
A. Invois diberi selepas penyewaan selesai atas permintaan sahaja.
B. Jika perlu segera boleh didapati di https://www.rentaru.my/p/self-quotation.html

#5. Lokasi

A. Ditetapkan di Rumah Lot 21002 Jalan ST1 off Jalan SG8/11,
68100 Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor. Rujuk peta google http://www.rentaru.my/p/contact-us.html
B. Penghantaran RM200 / Pemulangan RM200 jika diperlukan sekitar KL.

#6 Isi maklumat berikut.
Semua maklumat adalah wajib dan urusniaga tidak dapat diteruskan jika tidak lengkap.

Waktu pengambilan dan pemulangan 8-11 pagi atau 8-11 malam sahaja

A. Masa : tarikh / jam (pagi/malam)
Ambil : /
Pulang : /

B.Barangan yang ingin disewa :
i
ii
iii

C.
1. Nama Penuh :
2. No IC :
3. Alamat :
4. No Telefon Call/SMS :
5. No Telefon Whatsapp :
6. Nama dan No Telefon keluarga (Nyatakan hubungan):
7. Nama dan No Telefon Rakan :
8. Link FB/Instagram :
9. Gambar Kad Pengenalan